Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditemui di tepi jalan berdekatan sebuah stesen minyak di Permatang Tokdik, Padang Serai di sini kelmarin. Foto IPD Kulim

Pembantu kedai maut dalam kejadian langgar lari

KULIM, 26 Ogos: Seorang pembantu kedai makan maut dalam kejadian langgar lari di jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Permatang Tokdik, Padang Serai di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia di tempat kejadian disyaki akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan yang tidak dapat dipastikan dan mangsa yang berjalan kaki.

“Polis masih mengesan dan menunggu saksi untuk tampil memberi maklumat berkenaan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat bagi membantu siasatan kerana sehingga kini masih belum menerima laporan oleh pemandu.

“Kenderaan yang terlibat dipercayai patah cermin sisi sebelah kiri dan rosak di bahagian lampu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, kejadian berkenaan menyebabkan mangsa yang masih bujang mengalami kecederaan parah di kepala dengan kesan luka tumpul.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Nurzety Adawiyah Muhamad di talian 011-3398 2365.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan