Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama para pemain bola sepak 12 tahun wanita NFDP di Kuching pada Ahad. Turut kelihatan, Zanawi Zen (empat kiri).

NFDP Sarawak hantar pasukan berentap ke karnival bola sepak wanita di UPSI

BySaibi Gi

KUCHING, 26 Ogos: Pasukan bola sepak 12 tahun wanita di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak akan menyertai karnival bola sepak wanita kebangsaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak pada September ini.

Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak, Zanawi Zen berkata karnival bermula 5 hingga 9 September itu akan menampilkan pemain dari Akademi Tunas Miri, Kuching, Samarahan, Serian dan Sarawak Sport Corporation (SSC).

Skuad itu terdiri daripada Noor Qasliya Qistina Muhammad Hardi, Marissa Graciewenndy Robert, Qaisara Aina Zulfa Norazizul, Rachell Veronica Robson, Nur Vivi Aisah Hassamuddin, Jadrienna Busak Anthony, Nuraqilah Alyaa Mahmud, Valenthia Arawina Peter, Nurin Izara Jazelin Hamid, Dhia Irdina Amani Dave, Carolnie Paul, Daphne Hazel Mujan Danny Balan, Ruth Bulan Tony, Aleyna Simai Chaling, Danieia Evenie Douglas dan Faustina Chu Penny.

“Mereka yang mewakili Sarawak merupakan prospek untuk menyertai pasukan kebangsaan. Pemain terbaik dari setiap bahagian dipilih untuk menyertai karnival tersebut.

“Karnival ini merupakan platform dalam mengenal pasti prospek untuk menyertai pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui pada majlis ringkas perjumpaan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol di sini pada Ahad.

Zanawi berkata, NFDP Sarawak yang ditubuhkan pada 2010 melahirkan prospek yang diserapkan ke Akademi Mokhtar Dahari.

“Prospek-prospek juga ada yang telah mengikat kontrak dengan pasukan Selangor, Kedah, Perlis dan Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah yang juga penaung NFDP Kuching meraikan para pemain yang akan bertanding di Perak dalam majlis minum petang.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada para pemain dan jurulatih.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan