Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Dato Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi KWSP baharu. Foto dari laman X beliau

Mohd Zuki pengerusi baharu KWSP

ByAsmah Adenan

DAMANSARA, 26 Ogos: Tan Sri Dato Sri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu berkuatkuasa 1 September depan.

Mohd Zuki, yang juga mantan Ketua Setiausaha Negara ke-15 menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang telah memegang jawatan tersebut sejak 1 Mei 2020.

KWSP dalam kenyataannya hari ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Badri atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang telah meletakkan KWSP pada tahap yang cemerlang.

“Pada masa sama, Lembaga KWSP mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Zuki atas lantikan beliau sebagai Pengerusi  KWSP yang baharu.

“Dengan pengalaman luas beliau dalam sektor kerajaan dan mempunyai hala tuju yang strategik diharapkan beliau dapat membantu memacu KWSP ke tahap yang lebih tinggi lagi,” kata pengurus dana persaraan pekerja swasta itu.

KWSP berkata, pihaknya akan  terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli khususnya dalam membantu membina masa depan lebih baik.

KWSP merekodkan peningkatan sebanyak 29 peratus dalam tempoh enam bulan pertama (Jun 2024) tahun ini yang mana jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM36.7  billion daripada RM28.4 billion pada tempoh yang sama tahun lalu.

Selain itu, KWSP juga menyaksikan pendaftaran ahli baharu sebanyak 235, 032 menjadikan jumlah keahlian KWSP bagi separuh pertama 2024 adalah 16 juta ahli. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan