Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Majlis Sambutan Maulidur Rasul diketuai Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, di Astana Negeri Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Maulidur Rasul di Mukah dari 15 hingga 17 September

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Ogos: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak tahun ini berlangsung di Mukah dari 15 hingga 17 September ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata sambutan tersebut bakal dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Menurutnya, sambutan dimulakan dengan seminar dan Majlis Mukah Berselawat yang diadakan di Masjid Setia Raja pada 15 September diikuti persediaan majlis doa selamat pada 16 September.

“Perhimpunan Maulidur Rasul di Padang Setia Raja pada 17 September, kita bercadang menjemput 200 kontinjen.

“Selepas perhimpunan, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan menyampaikan amanat seterusnya perarakan sejauh 2.6 kilometer (km),” katanya ketika ditemui media.

Terdahulu, beliau melakukan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, hari ini bagi menjemputnya ke sambutan itu.

Misnu berkata pihaknya turut bercadang melibatkan masyarakat bukan beragama Islam bagi mengikuti pertandingan sepanduk yang dianjurkan semasa perarakan itu nanti.

Tambahnya, beliau menjangkakan perhimpunan itu bakal mendapat sambutan menggalakkan memandangkan ia diadakan pada musim cuti sekolah.

“Kalau di Kuching tahun lalu kita dapat mengumpul lebih 13,000 orang di Padang Merdeka dan di Mukah kita cuba mengumpul seramai yang boleh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan