Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera di bahagian dada selepas kereta dipandu melanggar pokok di Jalan Utama Tebaang- Daro malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu langgar pokok di Daro

DARO, 26 Ogos: Seorang lelaki cedera di bahagian dada selepas kereta dipandu melanggar pokok di Jalan Utama Tebaang- Daro di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.53 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan Viva, mangsa berusia 38 tahun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada telah di bawa ke hospital menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba hanya membuat pemeriksaan di sekitar kawasan tempat kejadian berlaku kemalangan.

“Pemeriksaan turut dilakukan dalam kereta bagi mempastikan tiada mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan