Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu melanggar besi pengadang jalan di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu langgar besi penghadang jalan

SIBU, 26 Ogos: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu melanggar besi penghadang jalan di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, malam tadi.

Komander Operasi, PBK II Terrance Jimbun berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima laporan berhubung kes itu jam 11.11 malam dengan menggerakkan 14 anggota ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatan sebuah kenderaan Perodua Axia telah melanggar besi penghadang jalan, didapati seorang mangsa lelaki berada dalam kereta dengan keadaan tidak tersepit.

“Mangsa berusia 49 tahun mengalami luka di bahagian kepala dan patah tangan kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak memotong terminal bateri dan membantu memasang cervical collar pada mangsa serta menggunakan strecher untuk mengeluarkan mangsa yang tidak tersepit.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan mangsa kemudian  diserah kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan