Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Bomba London Andy Roe berkata LFB mengisytiharkan insiden besar untuk membolehkan perkhidmatan itu menumpukan sumbernya kepada kebakaran itu. Foto: AFP

Lebih 100 dipindahkan, dua dimasukkan ke hospital kebakaran bangunan di London

ByBernama

LONDON, 26 Ogos: Lebih 100 orang dipindahkan dan dua dibawa ke hospital selepas kebakaran melanda sebuah bangunan di Dagenham, London Timur, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Briged Bomba London (LFB) berkata mereka sedang menjalankan “operasi mencari dan menyelamat” selepas menerima panggilan berhubung kebakaran itu di Jalan Freshwater, 2.44 pagi (0144 GMT) pada Isnin.

Empat puluh lima jentera bomba dan 225 anggota memadamkan kebakaran yang melibatkan keseluruhan bangunan komersial dan kediaman bercampur itu termasuk perancah di sekeliling hartanah dan bumbung, tambah LFB.

Kira-kira 7.30 pagi, perkhidmatan bomba berkata kebakaran itu menghasilkan asap yang tebal dan menasihatkan penduduk setempat untuk menutup tingkap dan pintu.

Pesuruhjaya Bomba London Andy Roe berkata LFB mengisytiharkan insiden besar untuk membolehkan perkhidmatan itu menumpukan sumbernya kepada kebakaran itu.

Beliau menyambung: “Bangunan ini mempunyai beberapa isu keselamatan kebakaran yang diketahui oleh Briged Bomba London.

“Pemindahan serentak bangunan itu segera dijalankan dan operasi mencari dan menyelamat yang penting sedang dijalankan.

“Briged telah menyediakan pengaturan strategik penuh untuk menangani insiden itu dan pusat rehat ditubuhkan di Pusat Kesihatan dan Rekreasi Beacontree.

“Pegawai LFB ditempatkan di pusat rehat untuk menyokong penduduk,” katanya.

Dron baharu digunakan untuk menangani kebakaran, bersama dengan tangga putar 64 meter dan 32 meter yang digunakan sebagai sudut tinjau untuk menilai tempat kejadian dan memadamkan api dengan air dari atas, kata Roe.

Pasukan dari Dagenham, Ilford, Romford, Barking dan balai bomba sekitar turut membantu di tempat kejadian manakala Freshwater Road ditutup kepada lalu lintas.

LFB menggesa orang ramai untuk mengelakkan kawasan itu.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan