Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN mengesahkan bekalan petrol di Limbang mencukupi.

KPDN teliti cadangan benarkan kenderaan Brunei beli RON95 di Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 26 Ogos: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneliti cadangan membenarkan kenderaan nombor pendaftaran Brunei membeli RON95 di Malaysia khususnya di Sarawak.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata perbincangan lanjut dengan Kementerian Kewangan akan dilakukan bagi memperhalusi cadangan tersebut.

Jelas beliau polisi sedia ada hanya membenarkan kenderaan asing termasuk dari Brunei mengisi minyak RON97 di stesen – stesen minyak di Sarawak.

“Alasannya (membenarkan kenderaan Brunei membeli minyak RON 95 di Malaysia) ialah kerana harga petrol di Brunei jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan di Malaysia.

“Jadi tidak ada isu penyeludupan akan timbul. Kita akan memperhalusi cadangan ini dengan melihat data-data tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Isu Bekalan Minyak Petrol Ron97 bagi Kenderaan Pelancong Brunei/Indonesia di sini, hari ini.

Tambah beliau, pandangan Kerajaan Sarawak juga diperlukan berhubung perkara ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan