Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres. Foto fail AFP.

Ketua PBB suarakan kebimbangan selepas Hizbullah, Israel berbalas serangan

ByBernama

WASHINGTON, 26 Ogos: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung pertempuran sengit merentasi sempadan antara Israel dan Hizbullah sepanjang malam, menurut kenyataan jurucakapnya pada Ahad.

“Tindakan ini membahayakan nyawa penduduk serta menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.

“Setiausaha Agung menggesa untuk meredakan ketegangan dan menyeru pihak-pihak terlibat segera melaksanakan Resolusi 1701 (2006) serta menghentikan segala bentuk permusuhan,” kata Stephane Dujarric.

Pejuang Hizbullah melancarkan lebih 320 roket ke arah kedudukan tentera Israel, menurut kenyataan pergerakan Lubnan itu pada Ahad.

Terdahulu, Hizbullah mengumumkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di pinggir selatan Beirut yang mengakibatkan kematian komander kanan mereka, Fuad Shukr.

Peningkatan ketegangan ini berlaku di tengah-tengah serangan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 40,300 rakyat Palestin sejak 7 Oktober lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan