Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 meneruskan jelajah ke 12 daerah di Perak, dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 780 kilometer bermula hari ini sehingga Khamis depan. Foto Bernama

Kembara Merdeka Jalur Gemilang rentas 12 daerah di Perak

ByBernama

IPOH, 26 Ogos: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 meneruskan jelajah ke 12 daerah di Perak, dengan jarak perjalanan sejauh kira-kira 780 kilometer bermula hari ini sehingga Khamis depan.

Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Perak dalam kenyataan memaklumkan program empat hari itu akan merentasi daerah Kinta; Kampar; Batang Padang; Muallim; Teluk Intan; Bagan Datuk; Kuala Kangsar; Lenggong; Gerik; Hulu Perak; Larut, Matang dan Selama; dan Kerian.

Menurut kenyataan itu, sebanyak 20 kenderaan pelbagai jenis daripada JaPen Perak, Digital Perak, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Polis Diraja Malaysia menyertai konvoi tersebut yang akan berakhir di daerah Kerian.

Pelepasan konvoi itu disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) Nor Sham Rahman di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

KJMG 2024 yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan