Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi pada sesi perjumpaan dengan P41 di Canberra, Australia, hari ini.

Kajian tenaga hidro simpanan yang dipam, dua lokasi dikenal pasti

KUCHING, 26 Ogos: Dua lokasi di Sarawak telah dikenal pasti untuk kajian bagi pelaksanaan tenaga hidro simpanan yang dipam (PHES), kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurutnya, kemudahan ini dijangka dibangunkan di lokasi antara hidroelektrik Bakun dan Murum manakala satu lagi di kawasan Padawan dengan kerjasama Partnership for Infrastructure (P4I).

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini bersama P4I dan Profesor Andrew Blakers dari Universiti Kebangsaan Australia, potensi PHES Sarawak adalah tinggi dan boleh menjadi sebahagian daripada tumpuan berterusan pada tenaga boleh diperbaharui dan hijau penyelesaian untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perjumpaan dengan P41 di Canberra, Australia, hari ini yang kini dalam rangka lawatan kerja ke negara berkenaan. Antara lain, lawatan itu adalah untuk mempelajari cara P4I mengendali PHES.

Julaihi berkata sekiranya terbukti boleh dilaksanakan di Sarawak, beliau percaya ia berpotensi besar dalam menyokong usaha Kerajaan Sarawak ke arah transformasi tenaga.

“Kejayaan menerusi model (kajian) pertama akan disusuli dengan proses mengenal pasti tapak yang lain,” ujarnya.

Pada sesi perjumpaan itu, beliau turut memaklumkan tentang inisiatif Kerajaan Sarawak dalam peralihan tenaga.

Menurutnya, Sarawak giat membangunkan tenaga diperbaharui dan hijau menerusi kementeriannya dan Sarawak Energy dengan mencapai sasaran mencapai 10Gw elektrik menjelang 2030 berbanding 5,745MW yang dicapai setakat Disember 2023.

“Sarawak akan dapat mencapai sasaran ini dengan terus memajukan strategi-strategi tenaga mampan dan boleh diperbaharui di Sarawak dengan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumber seperti tenaga hidro, solar dan biojisim,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan