Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM menahan reman dua beradik pengusaha stesen minyak kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi untuk nelayan. Foto SPRM

Dua beradik direman, disyaki terbabit seleweng diesel subsidi nelayan

SIBU, 26 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua beradik pengusaha stesen minyak kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan merasuah pegawai agensi penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Majistret Romaroi Jonoi membenarkan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an direman selama empat hari sehingga 29 Ogos 2024, manakala adik perempuannya berusia sekitar 30-an direman selama satu hari sehingga esok (Selasa) selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sibu, hari ini.

Menurut sumber, suspek dua beradik ini ditahan bersama dua lagi lelaki serta seorang wanita dalam Op Liter dijalankan Bahagian Operasi Khas dan Skuad Taktikal Khas SPRM yang turut mendapat kerjasama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sebuah depoh simpanan minyak diesel di Sungai Bidut, di sini.

Katanya, kelima-lima suspek ini dipercayai terbabit dengan sindiket penjualan minyak diesel bersubsidi bagi kegunaan nelayan, namun dijual pada kadar harga lebih tinggi kepada pembeli dari luar negara.

“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak tahun 2012 dan mengaut keuntungan sehingga RM400 juta.

“Mereka disyaki turut membayar wang rasuah kepada beberapa penguat kuasa sebuah agensi bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana menyimpan minyak diesel tanpa permit yang sah,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menerusi operasi itu, SPRM telah menyita dua tongkang dan 30 tangki simpanan minyak yang dipercayai mengandungi kira-kira 1.6 juta liter minyak diesel.

Selain itu, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM3.7 juta susulan tangkapan terhadap kelima-lima suspek berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan terhadap dua beradik berkenaan bersama dua lagi lelaki dan wanita dalam operasi diadakan semalam.

Bagaimanapun, dua lelaki dan seorang wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, selain Seksyen 471 Kanun Keseksaan serta Akta Kawalan Bekalan 1961.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan