Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
砂警方上周日成功在美里查获了105.02公斤重的冰毒,估计价值超过 330万令吉。

Dadah bernilai RM3.4 juta dirampas

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 26 Ogos: Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak merampas dadah jenis syabu seberat 105.02 kilogram (kg) bernilai lebih RM3.4 juta.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, pihak polis melancarkan dua operasi khas di dua lokasi berasingan di Bandar Baru Permyjaya, Miri.

“Dalam operasi khas ini, tiga lelaki tempatan berusia 32 hingga 52 tahun ditangkap. Dua daripada suspek lelaki tempatan berusia 32 dan 36 tahun mempunyai rekod kesalahan dadah dan jenayah.

“Seorang perempuan warganegara asing berumur 26 tahun turut ditangkap dan semua suspek didapati positif methamphetamine dan amphetamine.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan untuk 525,100 penagih,” katanya.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Ford Focus yang bernilai RM39,000.

Berdasarkan maklumat, bekalan dadah dipercayai diperoleh dari Semenanjung Malaysia melalui jalan laut dan suspek menggunakan rumah kediaman sebagai tempat penyimpanan dadah.

Suspek dikatakan menerima upah antara RM3,500 hingga RM12,000.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Ogos hingga 1 September 2024.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 12 sebatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan