Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan cek daripada Pengurus Besar MPA, Serawa Budol (tengah) kepada Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang. Foto MBM

Bulatan Pelabuhan Miri diperindah dengan landskap menarik

MIRI, 26 Ogos: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menerima dana berjumlah RM70,000 daripada Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) hari ini untuk jalinan kerjasama dalam Program Landskap Angkat.

Menurut kenyataan media MBM, program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) MPA untuk mencantikkan kawasan persekitaran.

Dana tersebut akan digunakan untuk mengubah Bulatan Pelabuhan Miri seterusnya menjadi mercu tanda menarik yang mempamerkan keindahan Miri.

Kerja pembinaan dijangka bermula Oktober dan berakhir Disember tahun ini.

MPA dan MBM teruja dengan kerjasama tersebut terutama untuk melihat kesan positif terhadap imej bandar.-TVS

 

 

Tags: MBM, Miri, MPA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan