Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah (dua, kiri) dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Brunei II Dato Seri Setia Haji Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof (kiri) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam malam tadi. Foto Bernama

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin ke-25 Malaysia, Brunei hari ini

ByBernama

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei di sini hari ini.

Anwar dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pagi ini dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah juga berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian beberapa instrumen dua hala termasuk melibatkan sempadan darat.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara dijadual mengiringi Anwar.

Perdana Menteri yang tiba di sini malam tadi, dijadual pulang ke ibu negara pada sebelah petang ini, mengakhiri lawatan kerja dua harinya ke Brunei.

Sebelum ini, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur Ezira Mahadi berkata sebagai jiran rapat dan rakan kongsi ASEAN, kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Beliau berkata pada Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar akan meneliti semula kemajuan kerjasama dua hala dan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara.

Nur Ezira berkata rundingan itu juga akan mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan kerjasama pelbagai hala antara kedua-dua negara, yang ditunjangi institusi Kesultanan Melayu dan persamaan lain seperti budaya, bahasa dan warisan.

Pada 2023, Brunei adalah rakan perdagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan RM9.31 bilion (US$2.04 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, Malaysia mencatat jumlah dagangan sebanyak RM3.53 bilion (US$0.75 bilion) dengan Brunei. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan