Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,435 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,534 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).Foto: AFP

Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,435

ByBernama

GAZA, 26 Ogos: Pasukan pendudukan Israel melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dan 66 yang lain cedera, menurut sumber perubatan.
Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,435 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,534 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan