Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta delegasi Kerajaan Sarawak tiba di Hotel Grand Hyatt, Melbourne untuk lawatan kerja rasmi ke Australia selama lima hari bermula hari ini.Foto, Aziz Soleh (TVS).

Abang Johari tiba di Australia untuk lawatan kerja rasmi lima hari

MELBOURNE, 26 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi lima hari di Australia.

Beliau diiringi oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Delegasi Abang Johari tiba di Hotel Grand Hyatt pada 8.30 malam waktu tempatan.

Pada Selasa Abang Johari serta rombongan dijadualkan menghadiri pameran di Kampus Hawthorne, Swinburne University of Technology.

Pameran berkenaan melibatkan Hab Peralihan Tenaga Siemens Swinburne, Factory for the Future, serta Institut Teknologi dan Industri Angkasa Swinburne yang canggih.

Beliau kemudian akan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak bermesyuarat bersama Naib Canselor Swinburne, Professor Pascale Quester yang turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Swinburne Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Pada sebelah petang, Abang Johari akan beramah mesra bersama penuntut universiti berkenaan yang berasal dari Sarawak.

Jadual padat Abang Johari akan diteruskan dengan bertolak ke Clayton bagi melawat Makmal Ujian Industri Nasional 4.0 (Pembuatan Canggih) Swinburne-CSIRO.

Makmal bertaraf dunia itu menyediakan penyelesaian kejuruteraan dan pembuatan yang disokong sepenuhnya secara digital untuk komponen, proses dan sistem dalam bidang automotif, aeroangkasa, pengeluaran dan serta pelbagai bidang.

Pada Rabu pula, Premier Sarawak serta rombongan akan terbang ke Sydney bagi menghadiri Australia-ASEAN Business Forum yang akan berlangsung pada Khamis.

Abang Johari dijemput sebagai penceramah utama di mana beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk “Sarawak: The Powerhouse of Green Economy in ASEAN”.

Premier Sarawak itu juga akan menjadi salah seorang ahli panel dalam diskusi mengenai tenaga hijau dan peralihan tenaga bersama pemimpin industri dari Australia dan Thailand. – TVS.

Wartawan TVS, Radzi Ahmad bersama jurukamera, Aziz Soleh melaporkan dari Melbourne, Australia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan