Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barangan rampasan yang akan dijadikan sebagai bahan bukti. Foto IPD Mukah

28 individu dicekup ketika asyik berjudi

MUKAH, 26 Ogos: Seramai 28 individu termasuk dua wanita dan seorang warga asing dicekup selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian sabung ayam, daun terup dan holo di sebuah kawasan ladang kelapa sawit Jalan Balingian – Mukah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, ketika serbuan dilakukan pada jam 3 petang kesemua suspek berusia 25 hingga 81 tahun itu cuba melarikan diri.

“Bagaimanapun, pasukan polis yang menyusun strategi lebih awal bertindak mengejar dan berjaya melakukan tangkapan ke atas semua mereka yang terlibat.

“Turut dirampas 18 ekor ayam hidup, dua ekor ayam mati, dua bilah taji ayam, satu unit alat penimbang, pelbagai peralatan perjudian dan wang tunai berjumlah RM42,090,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Rizal berkata, kes siasatan dibuka di bawah Seksyen 73(1)(G) Ordinan Veterinar Kesihatan Awam 1999 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM2, 000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kes juga disiasat di bawah seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Salah seorang suspek merupakan warga negara asing yang juga akan disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya.

Menurutnya, kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada 26 ogos 2024 di Mahkamah Majistret Mukah.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dengan menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan