Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak muncul juara SUKMA 2024 yang berakhir semalam. Foto, Bernama.

Tiada cuti umum Sarawak muncul juara SUKMA

ByAsmah Adenan

KUCHING, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak memutuskan tiada cuti umum diberikan sempena kejayaan kontinjen Bumi Kenyalang muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berakhir semalam.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sekiranya cuti berkenaan diberikan, terdapat banyak implikasi ekonomi.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Sarawak mengenai perkara tersebut.

“Ini kerana, jika cuti diberikan akan berlaku bayaran berganda kepada pekerja.

Sarawak tidak cadang bina stadium baharu sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027 – Abang Johari

“(Oleh itu), kita hanya berikan (cuti) rehat kepada atlet dan pegawai yang terlibat sahaja,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis minum petang anjuran Bank Standard Chartered di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia, Mak Joon Nien.

Sarawak muncul juara keseluruhan SUKMA 2024 semalam selepas meraih 76 pingat emas,  55 perak dan 70 gangsa.

Tuan rumah mengalahkan Wilayah Persekutuan yang memberi saingan sengit apabila menang 75 pingat emas, 65 perak dan 72 gangsa.

Sarawak pernah muncul juara keseluruhan SUKMA tiga kali berturut-turut iaitu pada 1990, 1992 dan 1994 sebelum ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak sebelum ini juga telah mengumumkan ganjaran yang selayaknya untuk atlet yang menang pada SUKMA.

Terdahulu, Abang Johari mengumumkan insentif berjumlah RM15,000 kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas, pingat perak (RM5,000) dan RM3,000 untuk gangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan