Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Danial Abdullah, Mohammad Nur Azlisham Mohd Ali dan Suhaiqal Suhardie meraih pingat emas dalam silat seni kategori jurus wajib regu putra pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri. Foto Mohd Gustie (TVS)

SUKMA 2024: ‘Langkah’ tangkas pendekar Bumi Kenyalang

ByBernama

MIRI, 25 Ogos: Skuad pencak silat Sarawak muncul antara kontinjen berpotensi perlu diberi perhatian apabila dilihat melahirkan pendekar sedia bertempur pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri.

Sarawak selaku tuan rumah mengumpul lima pingat emas dan tujuh gangsa, Terengganu memperoleh lima emas, satu perak, empat gangsa manakala Sabah empat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Tiga emas Sarawak diperoleh dalam silat seni kategori jurus wajib regu putra (Ahmad Danial Abdullah-Mohammad Nur Azlisham Mohd Ali-Suhaiqal Suhardie), jurus wajib regu putri (Nuradriani Fitri Abdullah-Nur Alfianiz Jordon-Vivina Anging Johnton) dan solo kreatif putra (Mohammad Shamiezal Shapian).

Bagi silat olahraga, Sarawak meraih dua lagi emas daripada keseluruhan 28 pingat emas dipertandingkan menerusi Ummi Mashitah Hassan (Kelas B Putri 50-55kg) dan Mohamad Nurhasri Maxzakir (Kelas E Putra 65-70kg)

Tanpa berselindung mengenai kunci kejayaan itu, ketua jurulatih pencak silat Sarawak Fadzil Jamain menyifatkan taruhan membariskan majoriti muka baharu daripada jumlah keseluruhan 34 pesilat membuahkan hasil diingini apabila lima emas dituai hingga silat menutup gelanggang.

“Alhamdulillah usaha tujuh bulan berkampung di Sibu dan Miri membuahkan hasil. Sarawak tampilkan 99 peratus muka baharu, cuma seorang sahaja pesilat lama.

“Apa pun saya yakin keputusan diraih ini hasil daripada kepercayaan tinggi terhadap proses membangunkan pesilat-pesilat baharu ini,” katanya.

Keputusan menampilkan barisan pesilat baharu pada SUKMA 2024 juga bukanlah sia-sia selepas Ummi Mashitah ‘dilamar’ Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bagi pemilihan pasukan kebangsaan.

Hal ini sekali gus memberi bayangan bahawa Sarawak tidak ‘main-main’ untuk muncul kuasa besar silat suatu hari nanti, selain amaran buat negeri lain dari segi kutipan pingat sukan pencak silat pada edisi seterusnya di Selangor dua tahun lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan