Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekitar Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak sedia bantu pembangunan sukan negara – Abang Johari

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Ogos: Kerajaan Sarawak sedia membantu untuk membangunkan sukan di seluruh negara, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hasrat beliau itu bersandarkan pencapaian wilayah ini menjadi tuan rumah sekali gus menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dan bersedia menjadi hos bersama Sukan SEA 2027.

Beliau menyifatkan kecermelangan tuan rumah melangsungkan temasya sukan dwitahunan terbesar itu telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi serta disiplin yang diterapkan para atlet.

“Para atlet dari seluruh negeri dari Perlis hingga Sabah bersama Brunei Darussalam telah mempamerkan semangat keakraban, semangat perpaduan dan keharmonian yang tinggi pada SUKMA kali ini.

“Saya percaya bahawa semangat kesukanan yang tinggi, semangat perpaduan, semangat dedikasi serta semangat disiplin yang tinggi akan memberikan masa depan yang cerah bukan saja untuk anak-anak muda tetapi seluruh rakyat Malaysia di masa akan datang,” kata beliau.

Abang Johari dalam pada itu mengakui SUKMA turut menjadi platform untuk mengeratkan tali persaudaraan anak-anak muda dari seluruh negara.

“Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kontijen Sarawak yang telah berjuang dengan handal sekali hingga berjaya merangkul juara pada SUKMA kali ini,” jelas beliau.

Beliau berharap semua atlet dan pegawai berkaitan berpuas hati dengan perkhidmatan serta prasarana yang disediakan Kerajaan Sarawak sepanjang berada di wilayah ini.

Terdahulu, majlis penutupan SUKMA Sarawak 2024 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta barisan kabinet lain.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan