Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja "Obligasi Cegah dan Banteras Buruh Paksa" di kuching hari ini. Foto: TVS

Perlukan kerjasama pelbagai agensi tangani insiden tanah jerlus

KUCHING, 25 Ogos: Kerjasama pelbagai agensi diperlukan untuk menangani insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kejadian seperti ini sukar diramal kerana bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di luar negara yang mempunyai kawasan batu kapur.

Menurutnya, insiden yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca daripada pergerakan air di bawah tanah selain kawasan tersebut dipenuhi dengan batu kapur.

“Ini melibatkan pelbagai agensi sama ada pihak penguatkuasa tempatan, JKR, JPS dan sebagainya. Kadang-kadang kita tidak boleh menjangka kerana ia bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di serata dunia terutama kawasan yang mempunyai batu kapur,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditanya mengenai insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang menyebabkan seorang pelancong dari India hilang dipercayai menjadi mangsa insiden tersebut.

Fadillah berkata, pada masa akan datang, pihak berkaitan boleh memanfaatkan teknologi untuk mengesan dan mengurangkan kesan seperti itu.

Operasi mencari mangsa tanah jerlus yang masuk hari ketiga dimulakan semula pagi ini selepas ditangguhkan malam tadi selepas pencarian di dalam enam lurang kumbahan tidak membuahkan hasil.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan