Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perancis pada Rabu mendakwa pengasas Telegram, Pavel Durov berhubung tuduhan pelanggaran beberapa undang - undang berkaitan aplikasi itu. Foto fail, AFP.

Pengasas Telegram ditahan di Perancis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.

Jutawan Rusia itu dilaporkan tiba di Perancis melalui Lapangan Terbang Le Bourget dari Azerbaijan sebelum ditahan pihak polis.

Penyiar rangkaian televisyen komersial Perancis (TF1) dan rangkaian penyiaran berita televisyen dan radio BFMTV, memetik sumber berkata Durov ditahan di bawah waran berkaitan kesalahan yang melibatkan aplikasi mesej popular berkenaan.

Siasatan awal mungkin dimulakan seawal Ahad, menurut laporan TF1.

Durov, yang juga pengasas platform media sosial Rusia VKontakte, mencipta Telegram bersama saudaranya, Nikolai.

Telegram merupakan antara rangkaian dalam talian terpenting di Rusia dan digunakan oleh pihak berkuasa serta ahli politik untuk berkomunikasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan