Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin semasa menerima cenderamata dari Pengerusi Penganjur, Owen Choo Chin Wen. Foto TVS

Pendidikan penting bantu masyarakat faham matlamat SDG

MIRI, 25 Ogos: Peluang pendidikan yang adil penting bagi menangani cabaran dalam matlamat pembangunan mampan (SDG) yang meliputi pembasmian kemiskinan serta kelestarian alam sekitar.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pendidikan yang dinikmati akan membuatkan masyarakat lebih memahami kepentingan SDG dan akan turut bersama untuk mencapai matlamat yang digariskan.

“Masyarakat perlu dididik untuk memahami apa itu SDG. Bagaimana kita mahu mendidik masyarakat? Peluang pendidikan sangat penting. Apabila kita bercakap tentang pendidikan bersama, kita bercakap tentang keterangkuman. Kita mahu semua orang diberi peluang untuk mendapat pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Borneo di Universiti Curtin di sini hari ini.

Sementara itu Kim Shin berharap melalui perbincangan dan aktiviti dalam program ini akan membawa kepada tindakan ketara kepada semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing dalam memajukan kualiti pendidikan kepada orang ramai.

“ Setiap pihak seperti institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi bukan untung dan sektor swasta harus mengadakan program jangkaun yang memberi impak kepada komuniti yang boleh mencapai objektif dalam SDG,” tambahnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan