SERIAN, 25 Ogos: Pemain Import Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Luiz Fernando Welter bersama-sama pasangannya Maria Clara Barbosa merasai sendiri suasana perkahwinan berkonsepkan budaya Melayu moden.
Majlis perkahwinan Melayu moden yang dipilih itu berlangsung di perkarangan yang berlatarbelakangkan landskap hijau semula jadi.
Ciri-ciri tradisional jelas kelihatan pada setiap elemen yang diketengahkan termasuk pemilihan pelamin menggunakan fabrik kain putih lembut yang menyerikan ruangan.
Busana pengantin yang digunakan juga mengetengahkan sentuhan songket Melayu Sarawak.
Untuk rekod, Pemain Import Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Luiz Fernando Welter akan melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur bertempat di Brazilian Embassy pada Rabu depan. -TVS