Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aaron Ago Dagang hadir Majlis Perasmian Penutup Kembara Ilmu Ini Khazanah Kita di Perpustakaan Negeri Sabah hari ini. Foto, Kementerian Perpaduan Negara.

Pameran digital galakkan masyarakat minat membaca – Aaron Ago

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Ogos: Pameran digital dapat membantu menggalakkan minat membaca dalam komuniti pelbagai lapisan umur, kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan Negara berkata, pameran yang dilaksanakan selaras perubahan yang berlaku pada era digital termasuk generasi muda lebih cenderung mencari maklumat melalui internet.

Selain itu tambah beliau peranti elektronik serta e-buku juga semakin menjadi pilihan yang telah mengurangkan daya tarikan terhadap perpustakaan fizikal.

“(Sehubungan itu) perpustakaan perlu memahami perubahan yang berlaku dan harus menyelaraskan perkhidmatannya dengan teknologi terkini untuk kekal relevan dalam memenuhi keperluan generasi masa kini.

“Keberkesanan perpustakaan masa depan bergantung kepada kemampuannya untuk mengintegrasikan teknologi terkini dalam perkhidmatannya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambahan beliau teknologi yang dimaksudkan turut merangkumi pembangunan platform digital, peningkatan perkhidmatan dalam talian dan pendekatan inovatif dalam menyampaikan maklumat.

Menurutnya program pameran digital melalui program First Digital Library Exhibition Aboard a Train telah mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Record sebagai pameran digital pertama yang diadakan di dalam gerabak kereta api.

“Melalui pameran ini, kita berpeluang menyaksikan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran.

“Penggunaan teknologi realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR) dalam pameran ini telah memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung, terutama generasi muda, yang sering kali lebih cenderung kepada penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka,” katanya lagi.

Kata Aaron Ago pelaksanaan program ini juga selari dengan fokus Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) iaitu memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca yang selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca menjelang 2030.

Beliau turut memaklumkan Laporan Perangkaan Tahunan PNM 2023 menunjukkan PNM telah membuat perolehan sekurang- kurangnya enam juta bahan termasuk bahan bercetak, bahan digital dan manuskrip Melayu.

“Pada masa sama, statistik PNM menunjukkan sepanjang 2023 sehingga Jun 2024, sebanyak 93,797 program pembudayaan galakan membaca telah dilaksanakan di seluruh negara dengan jumlah penyertaan sebanyak 3,290,958 orang,” katanya.

Sementara itu beliau memaklumkan program percuma anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menerusi PNM dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Sutera Harbour Resort yang berlangsung bermula 24 Ogos hingga 5 September ini menjangkakan kehadiran 10,000 pengunjung . – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan