Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hizbullah mendakwa lebih 320 roket dilancarkan dengan menyasarkan beberapa kedudukan tentera, menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan pejuang itu pada Ahad, lapor Sputnik. Foto AFP

Lebih 320 roket dilancar ke kedudukan tentera Israel – Hizbullah

ByBernama

BEIRUT, 25 Ogos: Hizbullah mendakwa lebih 320 roket dilancarkan dengan menyasarkan beberapa kedudukan tentera, menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan pejuang itu pada Ahad, lapor Sputnik.

Sebelum ini, Hizbullah mengumumkan bahawa mereka melancarkan serangan sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di kawasan selatan Beirut yang mengakibatkan kematian seorang komander kanan mereka, Fuad Shukr.

Dalam kenyataan itu, Hizbullah memaklumkan bahawa fasa pertama serangan balas berjaya, dengan 11 sasaran tentera Israel termasuk beberapa pangkalan dan berek terkena serangan.

“Setakat ini (pada 0405 GMT), lebih 320 roket Katyusha dilancarkan ke arah kedudukan musuh,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan