Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Insiden tanah jerlus: Operasi hari kedua belum temukan petunjuk baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.

Operasi yang bermula 10.30 pagi semalam dimulakan dengan fokus pencarian di sepanjang enam lurang kumbahan di sekitar lokasi kejadian dan loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam dengan bantuan enam anggota dari Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Enam lurang kumbahan itu adalah di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.

Pasukan SAR terpaksa berhadapan dengan cabaran dengan melalui lurang kumbahan dalam keadaan sempit, selain arus deras dan keadaan udara di dalam terowong yang beracun yang boleh menimbulkan risiko kepada penyelamat.

Ketua Polis Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam sidang media malam Sabtu memaklumkan operasi SAR itu ditangguh pada 7 malam semalam dan akan bersambung pagi ini.

Beliau berkata operasi pencarian pada hari esok masih akan ditumpukan di enam lurang berkenaan sehingga ke loji IWK di Pantai Dalam kerana yakin mangsa masih terperangkap di antara kawasan itu.

Susulan pelaksanaan operasi SAR itu, Sulizmie Addendy turut menyarankan peniaga di Jalan Masjid India untuk menutup premis perniagaan masing-masing buat sementara waktu, bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan semasa operasi SAR dijalankan.

Pada masa yang sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneruskan siasatan ke atas struktur tanah di kawasan tersebut, untuk dapatan yang lebih terperinci dan penemuan tambahan bagi membantu pencarian.

Dalam kejadian pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan untuk menuju ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan