Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar El Ghazi, pemain sayap Belanda berdarah Maghribi, akan menyumbangkan €500,000 (US$560,000) daripada bayaran yang diterima daripada Mainz kepada anak-anak Gaza, menurutnya pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA). Foto fail AFP

El Ghazi sumbang US$560,000 daripada bayaran Mainz kepada anak-anak Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 25 Ogos: Anwar El Ghazi, pemain sayap Belanda berdarah Maghribi, akan menyumbangkan €500,000 (US$560,000) daripada bayaran yang diterima daripada Mainz kepada anak-anak Gaza, menurutnya pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mainz atas dua perkara. Pertama, atas bayaran kewangan yang besar, di mana 500k daripadanya akan digunakan untuk membiayai projek bagi kanak-kanak di Gaza,” kata El Ghazi di X.

“Saya berharap Mainz, walaupun berulang kali gagal untuk mengelak daripada membuat bayaran yang sewajarnya, mendapat ketenangan daripada hakikat bahawa mereka, melalui saya, telah menyumbang secara kewangan untuk cuba menjadikan hidup kanak-kanak Gaza lebih dapat bertahan,” katanya.

“Kedua, dalam usaha mereka untuk mendiamkan saya, ia menjadikan suara saya lebih kuat untuk golongan yang tertindas dan tidak bersuara di Gaza,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Mahkamah Buruh Mainz memutuskan bahawa kenyataan pemain Belanda itu adalah dalam skop kebebasan bersuara dan penyingkirannya adalah “tidak sah.”

Mahkamah mengarahkan El Ghazi terus menerima gaji bulanan sebanyak €150,000 (US$163,500) dan kembali bermain untuk kelab itu.

Mainz pada awalnya menggantung dan kemudian memberi amaran kepada El Ghazi pada bulan Oktober mengenai frasa “River to the sea” yang digunakan di Instagram.

Kemudian, pengurusan Mainz 05 mengumumkan bahawa Anwar El Ghazi telah diampunkan selepas perbincangan.

“From the river to the sea, Palestine will be free” adalah slogan Palestin yang merujuk kepada kawasan antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean, yang merangkumi Israel, Tebing Barat, dan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, El Ghazi telah menyertai Cardiff City sebagai ejen bebas dengan kontrak selama setahun pada bulan Ogos. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan