Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dan ramai lagi cedera dalam beberapa siri serangan udara Israel di seluruh Gaza sejak pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu (AA).Foto fail, AFP.

Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk dengar hasil rundingan gencatan senjata Gaza

ByBernama

GAZA, 25 Ogos: Hamas pada Sabtu mengumumkan bahawa satu delegasi kumpulan itu akan tiba di Mesir pada waktu malam untuk “mendengar” hasil rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah, lapor Xinhua.

Lawatan delegasi ke Kaherah yang diketuai oleh pegawai kanan Hamas, Khalil al-Hayya, adalah berdasarkan jemputan daripada perantara Mesir dan Qatar, kata Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik Hamas, dalam satu kenyataan.

Ezzat mengesahkan komitmen Hamas terhadap apa yang dipersetujui pada 2 Julai, berdasarkan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu No. 2735.

Hamas bersedia melaksanakan apa yang telah dipersetujui pada 2 Julai, katanya, sambil menggesa tekanan dikenakan ke atas Israel supaya mematuhi perjanjian itu dan menghentikan gangguan terhadap usaha mencapai gencatan senjata.

Pada 16 Ogos, Amerika Syarikat, Mesir, dan Qatar, yang menjadi perantara rundingan gencatan senjata Gaza mengumumkan kesimpulan dua hari perbincangan di Doha, dengan satu cadangan baharu gencatan senjata Gaza telah dikemukakan.

Para perantara menyifatkan perbincangan itu sebagai konstruktif dan dijalankan dalam suasana positif.

Rundingan gencatan senjata dilaporkan telah disambung semula di Kaherah awal minggu ini dan akan diteruskan pada hujung minggu ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan