Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berapa struktur bangunan di Sk Nanga Bena, Kapit mengalami kerosakan akibat banjir. Foto Facebook Ambrose Abong Bugek

Bantuan segera untuk sekolah terjejas banjir

ByWilly Jali

KAPIT, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak bersedia menyalurkan bantuan segera kepada sekolah yang mengalami kerosakan dan terjejas akibat banjir di Sungai Sut Kapit, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit memperuntukkan bantuan kewangan antara RM5,000 sehingga RM10,000 melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) setiap sekolah yang terjejas akibat banjir termasuk Sekolah Kebangsaan Nanga Bena di Sungai Sut, Kapit.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau diwakili Setiausaha Politiknya, Ambrose Abong Bugek meninjau keadaan sekolah dan kawasan terjejas banjir.

“Saya difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kapit sudah menyalurkan bantuan pembekalan air bersih untuk kegunaan penduduk sekitar termasuk sekolah terjejas.

“Kerja pembersihan sekolah sedang giat dijalankan di kawasan sekolah terjejas teruk akibat ditenggelami air.

“Situasi banjir di sekolah terlibat sudah surut dan kerja pembersihan sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Bagaimanapun, jumlah bantuan akan ditentukan mengikut tahap kerosakan sekolah.

Beliau turut mengarahkan pegawainya di Pejabat Parlimen Kapit untuk terus memantau keadaan sekolah dan kawasan terjejas serta menyalurkan bantuan segera diperlukan.

Dalam pada itu, pihak sekolah sedang membuat perincian kerosakan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Saya menyeru semua penduduk, guru dan pelajar yang terkesan akibat banjir untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan