Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah disambut meriah sebaik tiba untuk merasmikan Pesta Daro sambil diringi ADUN Daro, Safiee Ahmad, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan Adun Telian, Royston Valentine.Foto: TVS

Agenda pembangunan Kerajaan Sarawak di landasan tepat – Awang Tengah

DARO, 25 Ogos: Kerajaan Sarawak kini berada di landasan yang tepat dalam menjayakan agenda pembangunannya demi kesejahteraan rakyat, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi pengiktirafan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia.

Kata beliau pencapaian itu menyerlahkan kewibawaan Kerajaan Sarawak dalam merealisasikan agenda pembangunannya.

“Saya optimis Sarawak mempunyai masa depan yang cerah.

“(Apa yang) penting ialah kita perlu melipatgandakan usaha untuk meningkat ekonomi rakyat.

“Bagaimanapun usaha itu memerlukan sokongan segenap lapisan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Daro 2024 hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abdul Wahab, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dan ADUN Telian, Royston Valentine.

Pada majlis sama, Awang Tengah turut menyempurnakan majlis penyerahan warta rizab komunal bumiputera (pertanian) bagi kawasan Daro, Sungai Passin, Sungai Mas dan Batang Lassa.

Sementara itu Safiee berkata, Pesta Daro yang bermula hari ini bukan sekadar acara keramaian sebaliknya dihiasi dengan pelbagai program untuk mengisi keperluan masyarakat pelbagai peringkat.

Jelas beliau selain menyenaraikan 25 acara, pesta kali ini juga menyediakan sebanyak 153 gerai jualan untuk peniaga kecil.

“Ia tidaklah memberi penekanan kepada pesta semata-mata tetapi 25 program itu kita rangkakan supaya mengisi keperluan setiap lapisan masyarakat.

“Ini bermakna selain jualan gerai, kita juga menganjurkan beberapa program lain termasuk untuk usahawan, bengkel pendidikan, acara sukan dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan