Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian pada Sabtu petang. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

42 penduduk terpaksa dipindah

JULAU, 25 Ogos: Seramai 42 penduduk terpaksa berpindah selepas kediaman mereka dilanda banjir di Nanga Sugam di sini, petang semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, kesemua mangsa berpindah ke Rumah Bungkong yang terletak berhampiran kerana kediaman itu terletak di kawasan tinggi dan selamat.

“Kejadian ini berpunca daripada limpahan air sungai Julau berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.50 petang sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi.

Sebaik tiba di lokasi katanya, bomba mendapati air meningkat hingga ke paras tiga meter mengakibatkan 10 rumah tenggelam.

“Rumah panjang itu masih terputus hubungan berikutan laluan utama ke kawasan berkenaan dinaiki air.

“Kegiatan harian penduduk juga terjejas dan hanya pengangkutan sampan dapat digunakan untuk ke rumah panjang,” ujarnya.

Menurut Nicholas, pihaknya turut meneruskan pemantauan di beberapa kawasan lain hari ini, berikutan hujan sejak semalam.

“Saya menasihatkan semua penduduk di kawasan rendah agar berhati-hati dan bersedia berpindah sekiranya keadaan menjadi semakin buruk demi keselamatan mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan