Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hader pada Perasmian Konvensyen Banteras Ekploitasi Pekerja di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (bcck) di sini pada Ahad. Foto,Fadillah Yusof (FB).

12 kes buruh paksa, pemerdagangan manusia direkodkan di Malaysia pada 2023

ByBong Yi Sien

KUCHING, 25 Ogos: Sebanyak 12 kes buruh paksa serta pemerdagangan manusia direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ia melibatkan 11 kes di Semenanjung Malaysia dan satu kes di Sarawak.

Kata beliau pada 2022 pula, sebanyak 16 kes dengan 15 kes di Semenanjung Malaysia dan satu kes di Sabah.

“(Pada) tahun ini jumlah kes buruh paksa atau pemerdagangan orang di Malaysia setakat Januari hingga Julai, sebanyak dua kes yang dilaporkan berlaku di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja di sini, hari ini.

Sementara itu Fadillah berkata kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat bertambah baik apabila negara diletakkan dalam Tahap Dua.

Jelas beliau pencapaian itu merupakan hasil usaha berterusan pelbagai pihak dan agensi penguat kuasa yang diterajui Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipenyeludupan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

“Antara penyampaian yang signifikan ialah peningkatan bilangan kes penyiasatan dan pendakwaan terhadap pemerdagangan orang, penganjuran program kesedaran dan peningkatan kerjasama antara jabatan dan agensi dalam mencegah serta membanteras buruh paksa,” katanya.

Pada masa sama Fadillah menekankan Malaysia perlu meningkatkan usaha untuk melawan aktiviti pemerdagangan orang.

“Jika kedudukan penilaian gagal dipertahankan, ia akan memberi kesan kepada sektor dagangan di mana proses eksport barang perlu melalui proses yang ketat.

“Kita harus pastikan segala hak ini dijaga dan segala pelangaran akan menjejaskan bukan saja pihak berkenan ke atas tindakan undang-undang sahaja, imej atau tahap kita akan jatuh (semula),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan