Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin merakam kenangan bersama para graduan. Foto TVS

TVET disaran sedia kursus lahir tenaga mahir, tingkat produktiviti

MIRI, 24 Ogos: Institut Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) disaran menyediakan kursus berkaitan melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri masa kini dan masa hadapan.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan akan membawa produktiviti yang lebih tinggi dan berkualiti berbanding yang tidak terlatih.

“Produktiviti dan kualiti perkhidmatan bergantung kepada pekerja berkemahiran kita. Jika anda melihat di negara maju, anda akan mendapati bahawa pekerja dalam bidang yang berbeza semuanya terlatih dan mempunyai sijil. Malah mengecat bangunan juga memerlukan sijil untuk mengecat. Mereka dilatih dengan baik,”

“Dengan pekerja yang terlatih dan berpengetahuan, produktiviti adalah lebih tinggi daripada pekerja yang tidak terlatih. Berdasarkan perkhidmatan, produktiviti pekerja berkemahiran boleh bersamaan dengan tiga pekerja tidak terlatih, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Ke-25 Riam Institute of Technology (RiamTec) di Eastwood Valley pada Sabtu.

Ekoran Sarawak kini lebih tertumpu kepada ekonomi digital dan ekonomi hijau, Kim Shin menyarankan kepada institut TVET untuk mewujudkan kursus meningkatkan kemahiran baharu seperti dalam automobil, pengurusan hidrogen, kejuruteraan teknikal, kejuruteraan data dan kecerdasan buatan (AI).

Tambah Kim Shin, tenaga kerja mahir memainkan peranan penting untuk memajukan pembangunan ekonomi dan membantu industri di Sarawak kerana keperluan industri sudah berubah berbanding dahulu dalam dunia digital yang kian pantas.

Lebih daripada 100 pelajar telah graduasi dan menamatkan pengajian dalam majlis ini dengan sijil Sarjana Muda Perniagaan, Cambridge A Level, peringkat diploma dalam pelbagai bidang dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Terapi Kecantikan Estetik dan Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan