Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman bersama tetamu lain bergambar berlatarbelakangkan pemandangan di sungai Santaba ketika mengadakan lawatan kerja ke Limbang. Foto TVS

Selangor mahu bekerjasama dengan Sarawak manfaatkan pertanian

LIMBANG, 24 Ogos: Selangor berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak dalam bidang pertanian dan aspek keterjaminan makanan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata perbincangan yang dijalankan melibatkan sektor pertanian dengan memanfaatkan teknologi terkini seperti di dalam industri padi, pengeluaran ternakan komersial, pemprosesan daging, pembangunan akuakultur dan pengeluaran makanan pertanian bernilai tinggi.

Katanya kunjungan hormat ke kementeriannya dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Ir Izham Hashim baru-baru ini.

Menurut Abdul Rahman selain Selangor banyak negeri lain termasuk Sabah turut menunjukkan minat sama untuk menjalinkan kerjasama dengan Sarawak dalam pelbagai bidang termasuk sektor pertanian.

“Jawatankuasa Tetap, Infrastruktur dan Pertanian Selangor datang ke Sarawak tujuannya adalah untuk berbincang dengan kementerian kita bagaimana untuk membangunkan pertanian yang sangat kita tumpukan sekarang berkaitan dengan keterjaminan makanan, keselamatan makanan dan kita berusaha untuk mengurangkan deficit import, di Malaysia dan Sarawak.

“Inilah usaha kita untuk membangunkan sektor pertanian dan kita dapat menjamin keselamatan makanan,” katanya ketika ditemui media selepas Perasmian Jeti Santaba 2024 di Kampung Patiambun, Limbang hari ini.

Jelas beliau lagi kementeriannya akan terus memperkasakan sektor pertanian dengan mengadakan lawatan ke luar negara untuk belajar membangunkan sektor tersebut agar tidak ketinggalan seperti di negara lain.

Jelasnya ini adalah sejajar dengan usaha Sarawak untuk menjadi pengeksport utama makanan menjelang 2030 termasuk meningkatkan kapasiti pengeluaran padi di wilayah ini termasuk di Limbang dan Lawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan