Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Michael Tiang Ming Tee (tengah) diiringi pengurus pasukan badminton Sarawak Ting Ching Zung (kanan) dan pemenang pingat emas acara perseorangan wanita Wong Ling Ching (kiri) dalam sidang media di Pusat Media Stadium Tertutup Sibu hari ini. Foto: Zaim Zharfan

Sarawak harus pergiat program pembangunan badminton, sokongan karier atlet

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 24 Ogos: Sarawak diakui perlu mempergiat dengan memperuntukkan dana yang lebih dalam program pembangunan sukan khususnya acara badminton, kata Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap Timbalan Chef-De-Mission badminton Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 itu berkata kemenangan pemain perseorangan wanita tuan rumah, Wong Ling Ching membuktikan ramai anak muda di Sarawak mempunyai kemampuan dalam sukan tersebut dan boleh diperhalusi.

“Ini mungkin boleh membuka mata rakyat Sarawak serta pihak-pihak berkaitan untuk melihat dengan lebih serius mengenai sukan badminton.

“Pelaburan untuk masa hadapan dalam memberi latihan yang lebih sesuai, sokongan untuk karier masa hadapan pemain.

“Tidak kira Wong Ling Ching atau Goh Shun Huat atau sesiapa sahaja, mereka perlukan sokongan kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir acara perseorangan wanita di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Sementara itu, pengurus pasukan badminton Sarawak, Ting Ching Zung yang juga pengurus pasukan bagi SUKMA sebelum ini berkata pada temasya lepas, mereka hanya memperoleh satu pingat gangsa dalam acara beregu wanita, manakala pemain lain tersingkir pada pusingan awal.

Katanya sokongan yang diberikan Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MySED) meningkatkan prestasi pasukan badminton Sarawak dengan ketara.

Dalam pada itu, Michael Tiang menyampaikan insentif RM1,000 kepada Wong Ling Ching sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pemain itu meraih emas pertama badminton wanita untuk Sarawak.

Ling Ching menewaskan Oo Shan Zi dari Pulau Pinang dalam final badminton acara perseorangan wanita 21-12, 21-15.

Pasangan beregu campuran tuan rumah, Jeremy Juan-Genevie Lim berpuas hati di tempat keempat selepas tewas dengan pasangan Selangor, Mohamad Haris Sufian Shazlan-Wong Zi Yi 21-18, 11-21, 23-21. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan