Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
'Sarawak telah dikenal pasti sebagai tapak pelancaran satelit baharu di Malaysia' - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Sarawak dikenal pasti sebagai tapak pelancaran satelit baharu di Malaysia

KUCHING, 24 Ogos: Sarawak telah dikenal pasti sebagai tapak pelancaran satelit baharu di Malaysia kerana lokasinya yang berdekatan dengan garisan ekuator, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, keputusan itu atas persetujuan bersama dalam mesyuarat mengenai pembangunan fizikal Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadiri beliau pada minggu lepas.

“Kerajaan Persekutuan telah memilih Sarawak kerana lokasi kita yang berada di tengah garisan ekuator, ini bermakna Sarawak akan lancarkan satelit,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-30 Sarawak Skills di Hotel Riverside Majestic, malam tadi.

Dalam pada Sarawak siap sedia bergerak ke arah industri baharu itu, Abang Johari menegaskan bahawa penting bagi rakyat Sarawak untuk mempunyai pemahaman asas tentang industri aeroangkasa.

Beliau memaklumkan fakulti aeroangkasa bakal ditubuhkan di Kolej Universiti ICATS untuk membangunkan bakat tempatan bagi industri berkenaan.

“Pengajian ini melibatkan bidang astronomi, fizik, kimia, algoritma, yang bermaksud subjek Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

“Jadi, kita perlu mempersiapkan anak-anak muda Sarawak untuk mempelajari subjek STEM untuk melancarkan satelit,” katanya.

Dalam pada itu beliau mendedahkan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak di bawah pimpinan Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah menubuhkan sebuah akademi semikonduktor (SMD) untuk melatih rakyat Sarawak dalam mereka bentuk cip yang bukan sahaja menghasilkan cip untuk kegunaan analog, tetapi juga cip sebatian yang boleh menyimpan data.

“Inilah cara untuk kita maju ke hadapan, memandangkan Sarawak telah dikenal pasti sebagai tempat untuk melancarkan satelit,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan