Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Annie ditentang Hun Hui Qi dari Selangor 4-2 menjadikan kemenangan itu merupakan pingat tunggal yang dimenangi Sarawak dalam acara ping pong. Foto:TVS

Raih pingat tunggal acara ping pong untuk Sarawak, Annie akur pulang dengan gangsa

ByJeeridyne

SUKMA PING PONG: Pemain ping pong Sarawak, Annie Kong Siaw Mei akur membawa pulang pingat gangsa menerusi acara perseorangan wanita yang menjadi pingat terakhir disumbangkan sebelum SUKMA 2024 melabuhkan tirai hari ini.

Annie ditentang Hun Hui Qi dari Selangor 4-2 menjadikan kemenangan itu merupakan pingat tunggal yang dimenangi Sarawak dalam acara ping pong.

“Saya melakukan beberapa perubahan dalam taktik bermula game ketiga dimana saya cuba menyerang ke arah tangan pihak lawan,” katanya turut berdepan cabaran mentaliti ketika berdepan dengan lawan.

Malahan pertarungan bertemu Hui Qi bukan kali pertama buat Annie.

Bercakap mengenai langkahnya selepas SUKMA, Annie bakal menyertai pertandingan Malaysia Open di Kuala Lumpur pada September ini.

Terdahulu, pingat emas acara berkenaan diraih pemain Wilayah Persekutuan, Im Li Ying selepas menewaskan Low Yu Xuan dari Melaka dengan mata 4-0.

Im ketika ditemui berpuas hadei dengan prestasinya sambil mendedahkan SUKMA kali ini adalah temasya sukan yang pertama dan terakhir buatnya dan turut beraksi dalam Malaysia Open bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan