Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan disahkan bersama mesyuarat Kabinet pada Rabu ini. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia

PM Anwar sahkan Sarawak hos bersama Sukan SEA 2027

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sarawak menjadi hos bersama penganjuran Sukan Sea 2027.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis penutupan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, sebentar tadi.

“Sarawak mempunyai keupayaannya, menerusi prasana dan pasukan yang baik.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita mempunyai pasukan yang luar biasa komitmenya dibawah Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Jadi apalah susah untuk Sukan SEA?,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menggesa wilayah ini melakukan persiapan sebelum menjelang Sukan SEA termasuk menggerakkan badan dan persatuan sukan meningkatkan prestasi atlet.

“Persiapan harus dilakukan dan anak-anak yang terlibat harus berlatih. Jika tidak juara, sekurang-kurangnya prestasi baik itu perlu ditonjolkan,” katanya lagi.

Terdahulu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam ucapan Malam Perasmian SUKMA XXI Sarawak 2024 pada Sabtu lalu menyatakan bahawa Sarawak bersedia untuk menjadi penganjur bersama bagi Sukan SEA 2027 sekali gus menawarkan peruntukan berjumlah RM350 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan