Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bakeri (empat kiri) menyampaikan cenderamata kepada Awang Tengah (tiga kiri) pada Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara(TOL) dan Pampasan Tanah Bagi Projek Di Daerah Lawas. Foto TVS.

Pergiat pantau pintu sempadan bendung penularan Monkeypox – Awang Tengah

LAWAS, 24 Ogos: Aspek kewaspadaan di pintu sempadan perlu dipertingkatkan sebagai langkah membendung penularan penyakit cacar monyet atau Monkeypox di negara ini, tegas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau juga mahu pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan giat melaksanakan pemantauan dari masa ke masa bagi menjejak penyakit merbahaya berkenaan.

“Penularan penyakit yang merbahaya ini akan sukar dikawal apabila telah memasuki negeri ini dan langkah menjejaki serta mengekangnya perlu diambil tindakan awal.

“Jabatan kesihatan harus mengambil kira perkara ini dan kalau boleh pastikan dimana puncanya dan daripada itu kita boleh mengekangnya,”kata beliau.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Dua dan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara(TOL) dan Pampasan Tanah Bagi Projek Di Daerah Lawas di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan rakyat di negeri ini agar sentiasa peka dengan perkembangan penyakit cacar monyet atau Monkeypox yang mula dikesan menular di beberapa negara Asean ketika ini.

“Penularan penyakit ini adalah bahaya kalau misalnya ia berpunca daripada sempadan kita mesti hadkan pergerakan kita melalui sempadan itu. Ini harus kita lakukan jika ianya merebak memang susah nak dikawal,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, Setiausaha Eksekutif Parti PBB Sarawak, Datuk Awang Bujang Awang Antek, Residen Bahagian Limbang, Unos Tambi dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang, Bakeri Samsuddin.

Terdahulu majlis menyaksikan seramai 90 penerima bagi Skim Penempatan Semula(SPS) Fasa 4, Skim Pembesaran Kampung(SPK) Kuala Lawas Fasa 1 pula melibatkan 34 orang, SPK Kampung Sundar Fasa 1 seramai 37 orang, SPK Air Terjun Lawas seramai empat orang dan SPK Lukutan/Karangan/ Loagan seramai 17 orang.

Manakala 22 orang lagi menerima cek pampasan untuk projek Sarawak/Sabah Border 276KV Transmission Line Project. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan