Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelayar Sarawak (lelaki dan wanita) untuk acara International 240 tiba dengan kibaran bendera Sarawak di Marina Bay sebaik memenangi perlumbaan tersebut. Foto Salasiah Safian (TVS)

Pelayaran: Pasukan lelaki, wanita Sarawak raih dua pingat emas

BySalasiah Safian

MIRI, 24 Ogos: Pasukan Pelayaran Sarawak berjaya memperoleh dua pingat emas untuk kategori International 420 (lelaki dan wanita).

Kemenangan itu dijelmakan Syahzharoul Aiman Rozaiman dan Muhammad Amirul Aqmal Aslan (pasukan lelak) dan pasukan wanita diwakili Nurul Shazwanie Mohd Saad dan Nur Asma Syahrizan.

Selain daripada pingat emas, pasukan Sarawak juga memperoleh dua pingat perak daripada Nur Alya Husna Mohd Tariki (RS:One wanita) dan Eric Owen Tan Chang Fook (ILCA 7 lelaki), pingat gangsa dimenangi Muhammad Yusuf Abdullah (RS: One lelaki) dan Optimist berpasukan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu selaku Timbalan Chef de Mission Datuk Rosey Yunus kagum akan pencapaian memberangsangkan Pasukan Pelayaran Sarawak.

Katanya, ini menunjukkan bahawa Sarawak mampu untuk membawa sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini harapan kita. Melalui bukti hari ini pencapaian dari segi mendapatkan pingat akan memberikan semangat juga kepada atlet-atlet yang lain dan mudah-mudahan juga daripada hari ini kita akan dapat meneruskan lagi agenda seterusnya untuk mengembangkan sukan layar di kawasan kita.

“Jadi ini adalah satu harapan kita dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang telah terlibat terutama pengurus pasukan kita, jurulatih kita dan khususnya atlet-atlet yang telah bekerja keras untuk mendapatkan pingat yang diidam-idamkan selama ini,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Sebanyak 14 kategori dipertandingkan untuk Sukan Pelayaran pada SUKMA XXI iaitu Optimist Berpasukan Campuran, Optimist Individu (lelaki dan wanita), ILCA 4 (lelaki dan wanita), ILCA 6 (lelaki dan wanita), ILCA 7 (lelaki), International 420 (lelaki dan wanita), Techno 293 (lelaki dan wanita), dan RS: One (lelaki dan wanita). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan