Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr pada Jumaat berkata negaranya sedang mengalami lonjakan kes leptospirosis dan denggi akibat "pembuangan sampah yang tidak betul dan pengurusan sisa yang lemah," lapor Xinhua. Foto AFP

Filipina bergelut dengan lonjakan kes leptospirosis, denggi – Presiden Marcos

ByBernama

MANILA, 24 Ogos: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos Jr pada Jumaat berkata negaranya sedang mengalami lonjakan kes leptospirosis dan denggi akibat “pembuangan sampah yang tidak betul dan pengurusan sisa yang lemah,” lapor Xinhua.

“Ketua eksekutif tempatan mesti bekerja lebih keras untuk menggunakan kaedah mesra alam dan langkah pengurangan sisa bagi melindungi kesihatan awam dan, sudah tentu, alam sekitar kita,” kata Marcos dalam satu ucapan di sidang kemuncak kerajaan tempatan.

Marcos berkata masalah dalam pengurusan sisa pepejal juga merupakan faktor utama di sebalik banjir besar di ibu negara Filipina apabila taufan dan monsun barat daya melanda negara itu bulan lepas.

Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) telah memerhatikan peningkatan kes denggi di seluruh negara pada permulaan musim hujan pada Jun, dan agensi itu menjangkakan lebih banyak kes sebelum musim panas pada Disember.

Dari 1 Jan hingga 10 Ogos, agensi itu merekodkan sejumlah 150,354 kes denggi di seluruh negara, meningkat 39 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan 396 kematian berkaitan.

“Denggi mempunyai corak bermusim. Jumlah kes dijangka meningkat semasa bulan-bulan hujan,” kata Setiausaha Kesihatan Teodoro Herbosa sebelum ini.

DOH juga merekodkan 2,115 kes leptospirosis dari 1 Jan hingga 3 Ogos. Data epidemiologi terkini merekodkan 255 kes baharu leptospirosis dari 21 Julai hingga 3 Ogos, meningkat 17 peratus berbanding 217 kes yang direkodkan dari 7 hingga 20 Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan