Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang dalam acara ping pong beregu lekaki. Foto TVS

Ping pong: Beregu lelaki W.Persekutuan sapu pingat emas, perak

ByDawson

KUCHING, 22 Ogos: Wilayah Persekutuan memenangi pingat emas dan perak acara ping pong beregu lelaki pada aksi final SUKMA 2024 hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No.3 di sini menyaksikan kedua-dua pasangan dari Wilayah Persekutuan, iaituTan Yi Heng dan Lee Yee Jat menewaskan Im Jin Zhen dan Caleb Hong Zi An 3-0.

Jurulatih Wilayah Persekutuan Foh Zheng Liu menzahirkan kegembiraan kedua-dua pasukan Wilayah Persekutuan memperoleh pingat.

“Saya rasa ‘fighting spirit’ cukup tinggi, dan hari ini mereka main dengan cukup yakin,” katanya.

Menurutnya kejayaan anak-anak buahnya membuka lembaran baharu kepada perkembangan atlet acara ping pong yang selama ini tidak disenaraikan sejak 11 tahun lalu.

Sementara itu, Tan Yi Heng mendedahkan semangat bekerjasama dalam berpasukan antaranya dan Lee Yee Jat membuahkan hasil.

Lee turut senada sambil mengakui sokongan daripada pasukan memberi keyakinan kepada mereka untuk memenangi perlawanan.

Sementara itu, perlawanan menyaksikan Kedah membawa pulang pingat gangsa selepas menewaskan Selangor dengan mata 3-1. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan