Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemilik agensi pelancongan kerugian RM49,800 selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai rakan baiknya. Foto hiasan Envato

Wanita rugi hampir RM50,000 ditipu lelaki menyamar sebagai rakan

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 23 Ogos: Seorang pemilik agensi pelancongan kerugian RM49,800 selepas ditipu lelaki yang menyamar sebagai rakan baiknya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku selepas mangsa  menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai rakan baiknya pada Rabu lepas.

Beliau berkata mangsa seorang wanita yang berusia 63 tahun percaya pemanggil terbabit ialah rakan baiknya kerana suara yang seakan-akan sama.

“Suspek meminta mangsa meminjamkan wang dengan segera kerana kecemasan. Suspek juga berjanji akan memulangkan kembali wang selepas masalahnya selesai.

“Mangsa yang kasihan dengan rela hati membuat dua kali pindahan wang ke akaun bank yang diarahkan suspek,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, mangsa berasa curiga kerana suspek meminta mangsa membuat satu lagi pindahan wang ke akaun berkenaan.

Wanita itu kemudiannya bertindak menghubungi sendiri rakan baiknya menggunakan nombor telefon dalam simpanannya.

“Kenalan berkenaan mengesahkan bahawa dia berada di luar negara dan tidak pernah menghubungi mangsa untuk meminjam wang. Mangsa yang tertipu telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Azli meminta orang ramai supaya berwaspada dengan pelbagai cara dan taktik penipuan oleh sindiket yang berleluasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan