Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan sabre lelaki Perak meraiki kemenangan setelah merangkul emas di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto Vanessa Enjop (TVS)

SUKMA 2024: Perak julang emas sabre berpasukan lelaki

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 23 Ogos: Pasukan sabre lelaki Perak terus mengukuhkan kehebatan mereka dengan memenangi pingat emas dalam SUKMA 2024, selepas menewaskan Johor 45-33 dalam perlawanan akhir petang tadi.

Sebelum itu, Perak yang diwakili Jia Cheng Lee, William Nigel Lee, Aidan Jared Marcus Lee, dan Sebastian Jia-Sheng Lim mwnundukkan Melaka 45-41 pada perlawanan separuh akhir.

Dengan itu Cheng Lee berterima kasih kepada semua penyokong yang telah memberi sokongan padu sepanjang kejohanan SUKMA.

“Kami sangat gembira dapat merangkul pingat emas walaupun perlawanan agak sengit. Kami betul-betul inginkan emas ini dan kami sangat bersyukur kerana dapat menang hari ini,” katanya ketika ditemu bual TVS di sini hari ini.

Walaupun berjaya dalam acara berpasukan, Jia Cheng Lee berharap dapat memperbaiki prestasi peribadinya dalam acara individu pada SUKMA akan datang.

“Saya tidak melakukan yang terbaik untuk acara individu saya. Jadi untuk SUKMA seterusnya, saya harap saya dapat meraih emas,” tambahnya.

Kejayaan ini menandakan satu lagi pencapaian gemilang untuk Perak dalam sukan sabre. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan