Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu, empat hari lepas. Foto hiasan Envato

Suami mengaku salah tendang, pukul isteri dengan batang penyapu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang penyapu sawang, menampar dan menendang wanita itu, empat hari lepas.

Che Nohhud Afnan Che Omar, 33, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Nur Atiyah Mohd Ali, 34, dengan memukul mangsa menggunakan batang penyapu sawang, batang kayu penggaru badan, menampar dan menendang seluruh badan wanita itu di sebuah rumah di Jalan Jerejak, Taman Setapak, Wangsa Maju di sini pada 8 malam, 19 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan, dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua kali tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Hakim Dr Azrol Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan menetapkan 10 Sept ini untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam R. Maha dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga dan bekerja sebagai penghantar barang dengan berpendapatan RM2,000 sebulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan