Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian meninjau projek naik taraf jalan di Rantau Panjang, Batu Kawa, Kuching, semalam.

Projek naik taraf jalan di DUN Batu Kawa diteruskan

ByConnie Grace

KUCHING, 23 Ogos: Projek naik taraf jalan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa diteruskan dengan membabitkan 12 kawasan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata kawasan berkenaan adalah Kampung Rantau Panjang, Kampung Stapok Melayu, Stapok Utama dan Kampung Sinar Budi Baru.

Turut terbabit, Kampung Sinar Budi Lama, Jalan Ming Chung, Lorong Sin San Tu B, Lorong Kangkok, Lorong Kim Choo Sing, Lorong Sungai Tapang, Lorong Hua Soon dan Lorong Sejijak.

“Sebanyak 273 isi rumah akan mendapat manfaat daripada projek naik taraf jalan ini, yang meliputi jarak keseluruhan sepanjang 5.7 kilometer,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa mengadakan lawatan ke projek naik taraf jalan yang sedang berlangsung di Rantau Panjang, Batu Kawa.

Fasa pertama pada tahun 2020, kerajaan telah menyiapkan projek jalan berturap sepanjang 12.48 kilometer memberi manfaat kepada 294 isi rumah, manakala fasa kedua pada 2021 menambah lagi 4.56 kilometer membabitkan 426 isi rumah, diikuti dengan tambahan 3.55 kilometer pada tahun sama, memberi manfaat kepada 85 isi rumah.

“Tahun lepas, kami telah menyiapkan kira-kira satu kilometer pada fasa keempat untuk memberi manfaat kepada 53 isi rumah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan