Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Cheng Peng memberi penerangan tentang teknologi 5G-Advanced yang digunapakai di Stadium Tertutup Sibu sempena SUKMA Sarawak. Foto TVS

Maxis pamer teknologi 5.5G tingkat kepuasan sepanjang SUKMA Sarawak

SIBU, 22 Ogos: Penyedia rangkaian telekomunikasi dan digital bersepadu terkemuka Malaysia, Maxis telah mempamerkan teknologi 5G-Advanced atau 5.5G dalam meningkatkan kepuasan acara sukan utama dan penting seperti Sukan Malaysia (SUKMA) ke peringkat seterusnya.

Ketua Pegawai Strategi Teknologi Maxis, Tan Cheng Peng berkata teknologi itu menawarkan 10 kali lebih kelajuan dengan kemampuan menyambung lebih 10 kali peranti, dan juga lima kali lebih responsif berbanding 5G.

Jelasnya, bagi penganjuran SUKMA, pihaknya memfokuskan kepada dua penggunaan utama iaitu ‘Smart Watching’ dan ‘Smart AI Analytics’ yang telah digunakan di Stadium Tertutup Sibu iaitu venue perlawanan sukan badminton.

“Smart Watching’ ialah kamera 360 darjah dan kemudian kita boleh mempamerkan aksi sebenar, aksi pantas dalam badminton dan kita sebenarnya boleh memainkannya semula selepas setiap kemuncak perlawanan,

“Dan satu lagi adalah ‘Smart AI Analytics’ yang kami paparkan hari ini, kami dapat memberitahu demografi penonton yang melawat, jantina mereka, umur mereka, dan juga beberapa profil mereka yang sebenar yang boleh kami kongsikan kepada pihak penganjur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Stadium Tertutup Sibu sempena pameran maxis 5G-Advanced di SUKMA Sarawak pada Khamis.

Tambahnya, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di dalam teknologi itu turut berupaya menganalisis penonton yang hadir termasuk pembahagian jantina dan kumpulan umur masing-masing sama ada remaja ataupun orang dewasa.

“Selain itu, teknologi ini berupaya mengesan pergerakan orang ramai dan ia dapat membantu pihak penganjur untuk melakukan kawalan dan juga penambahbaikan dalam penganjuran acara besar lain di masa akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, pihaknya telah memasang 60 buah kamera video 360 darjah berkualiti 4K di sekitar Stadium Tertutup Sibu  bagi menangkap sorotan perlawanan yang boleh dijedakan detik aksi pantas, kemudian memutar kamera untuk melihat sorotan aksi menarik daripada pemain Sukma.

Katanya, teknologi serupa juga turut diaplikasikan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

“Jadi, kami melihat 5G-Advanced boleh membantu Malaysia memajukan ekonomi dengan lebih kekal berdaya saing,

“teknologi ini boleh digunakan untuk pembuatan pintar, logistik, serta bandar pintar dan lain-lain, penjagaan kesihatan dan juga pendidikan.

“Justeru, Maxis akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan untuk benar-benar membariskan teknologi ini ke arus perdana dan kami bersedia untuk mengembangkan 5G-Advanced di Malaysia jika diberi peluang,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, teknologi 5G-Advanced membolehkan pihaknya membuat penstriman langsung dan seterusnya dihantar kepada penyiar rasmi SUKMA Sarawak iaitu TV Sarawak (TVS).

Seterusnya, TVS akan menyerlahkannya dalam sorotan selepas setiap perlawanan dan orang ramai boleh melihat sorotan perlawanan tersebut setiap hari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan