Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) di antara Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing (kiri) dengan Menteri Hal Ehwal Luar India Dr S. Jaishankar (kanan) di Hyderabad House pada Selasa. Foto Bernama

Malaysia, India meterai MoU pelancongan dan kebudayaan semasa lawatan rasmi PM Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 23 Ogos: Malaysia dan India memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) iaitu kerjasama dalam bidang pelancongan serta kebudayaan, seni dan warisan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran MoU antara Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Tiong King Sing dan rakan sejawat dari India Gajendra Singh Shekhawat itu dibuat semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada 19 hingga 21 Ogos lepas.

Majlis yang diadakan di Hyderabad House, India itu disaksikan Anwar dan rakan sejawatnya, Narendra Modi.

MOTAC berkata pemeteraian MoU bidang pelancongan akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan India dalam menggalakkan, mempromosi dan mencari pasaran pelancongan, di samping meningkatkan pelancongan perniagaan serta membangunkan pelancongan berteraskan komuniti, ekopelancongan dan responsible tourism.

Kenyataan itu berkata MoU kebudayaan, seni dan warisan pula berupaya meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan melalui pertukaran kepakaran selain menjalin sinergi dalam bidang latihan, penyelidikan dan persembahan kebudayaan ke arah pembangunan produk serta perkhidmatan industri seni, budaya dan warisan negara, menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memberitahu pemeteraian MoU berkenaan menandakan satu langkah penting dalam usaha Kuala Lumpur-New Delhi untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama strategik dalam bidang kebudayaan dan pelancongan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi pertama selama tiga hari ke India bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun kedua-dua negara dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor bagi faedah masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan